Monday 18 November 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 - PASTI SAIDITINA AISYAH (PART II)

Assalamualaikum ..




Entri kali nie Nor ceritakan pula berkenaan anak Nor yang ke-4. Namanya Ameerun Izzat dan belajar dalam tahun 5 di PASTI Saiditina Aisyah , Bukit Naga. Awal-awal dulu memang kami hantar dia ke sini saja untuk pendedahan awal alam pendidikan. Alhamdulillah, rupanya tidak salah kami menghantarnya ke PASTI kerana sekarang Izzat (Panggilan keluarga kepadanya) telah boleh menghafal beberapa surah pendek.
Pada hujung tahun pula, izzat telah membawa balik satu surat yang memberitahu dia terpilih dalam anugerah kecemerlanagn ini.





Ameerun Izzat bersama Hadiah Kecemerlangannya
Beratur untuk mengambil anugerah

Maaf, yang nie tak sempat nak snap gambar. Cepat sangat izzat turun...

















HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013








Sunday 10 November 2013

AWAS..Berhati-hati semasa membeli minuman …jangan sampai terbeli minuman ini


**Copy paste dr blog http://panggungopera.blogspot.com


Produk ini sebenarnya sudah agak lama keluar di pasaran tapi entry ini sekadar suatu peringatan untuk pembaca blog ini.
Jolly shandy ni adalah minuman beralkohol rendah, pada kita ianya tetap haram kerana dikategorikan sebagai arak ringan, yang mendukacitakan kita kenapa penampilannya dibuat sedemikian rupa, seperti minuman ringan yang lain.

Tempohari sorang mak cik tu, anaknya yang lebih kurang umur 8 tahun ambil jolly shandy, mujurlah aku Nampak dan maklumkan yang air tu air arak haram, mungkin sebab design grafik luaran sama seperti minuman ringan biasa siapa pun tidak menyangka ianya adalah air arak. Pesanan aku hati-hati pabila membeli air minuman dlm tin.

PERANCANGAN CUTI SEKOLAH 2013

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan. Seronok apabila memikirkan bermula minggu depan rutin harian saya akan berubah sehingalah habis cuti persekolahan tahun 2013. Antara perubahan yang berlaku ialah :

1) Tidak perlu lagi menjerit-jerit di waktu pagi utuk mengejutkan anak-anak daripada tidur.
2) Tidak perlu kelam kabut mengesa anak-anak untuk bersiap cepat-cepat takut di tinggalkan bas sekolah
3) Tidak perlu kelam kabut menghantar anak-anak ke sekolah kerana jadual persekolah adalah bermula jam     7.30 pagi.
4) Harap-harap sepanjang bulan November dan Disember ini "Punch Card" saya tidak merah lagi.

Rasanya tidak sabar untuk menunggu cuti sekolah kali ini. Banyak perancangan yang telah saya aturkan untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Agenda yang paling penting adalah pulang bercuti ke kampung halaman. Harap-harap cuti saya diluluskan ...



AKSESORI DARI KAIN PERCA

Pada entri kali ini saya akan senaraikan idea-idea yang boleh kita lakukan mengguakan kain-kain perca atau dengan kata lain kain lebihan semasa kita menempah kain. Ada sebahagian tukang jahit akan pulangkan kain-kain perca ini kepada kita dan ada sebahagian lagi tidak pulangkan samada mereka simpan atau mungkin ingat kita tidak perlukannya. Sebenarnya kalau kita kreatif, banyak aksesori yang kita boleh buat menggunakan kain perca tersebut. Antara yang biasa saya lakukan dengan kain perca tersebut ialah membuat pengikat rambut, kerongsang, bunga untuk pin baju, dan banyak lagi. Di lain entri saya akan kongsikan langkah demi langkah bagaimana membuatnya dan kita boleh gayakan sedondon dengan baju kita. Salam Sayang, Adilah

Thursday 7 November 2013

IDEA MENULIS ...BILA AKAN MENJELMA??

Idea menulis ....

Sejak belajar untuk berblog ini, perkara paling sukar saya hadapi ialah untuk mencari idea bagi menulis dalam setiap entri . Apabila saya membaca blog dari rakan-rakan lain..perasaan saya bahawa saya juga boleh menulis tapi saya tidak pandai untuk menyusun ayat dan zahirkan apa yang saya hendak sampaikan dalam bentuk tulisan. Kalau ikutkan, terlalu banyak catatn yang saya boleh tuliskan mengikut pengalaman selama ini. Daripada seorang pekerja di sektor kerajaan, dalam masa yang sama menjadi pelajar part-time dan kemudian menceburi bidang perniagaan secara OFFLINE, menubuhkan kedai menjual produk hiasan rumah, selepas itu menjurus ke jualan secara ONLINE. Dan sekarang ini menjuruskan diri pula ke dunia blog.
Sekarang ini, saya sedang mencari rentak untuk menzahirkan setiap pengalaman yang telah saya kutip ini ke dalam bentuk penulisan. Semoga sifu saya Pn. Masayu Ahmad sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.

Sebenarnya bidang penulisan ini adalah sesuatu yang asing bagi saya kerana sejak bersekolah lagi, penulisan yang lebih kepada perceritaan adalah perkara yang paling saya tidak suka. Saya lebih menjurus kepada sesuatu yang ternikal, namun bermula saya mengenali pn. Masayu, saya cuba didik diri untuk mencatat segala pengalaman dan perkara yang telah dilalui untuk di jadikan bahan bacaan diri sendiri.
Kadang-kadang, seperti tidak percaya bahawa saya telah mengutip pelbagai suka duka pengalaman dari perjalanan hidup selama 37 tahun ini.

In Shaa Allah, jika diberi keizinan akan saya coretkan pengalaman itu sebagai pembakar semangat dan rujukan untuk masa akan datang..

Khas buat tatapan Pn Masayu Ahmad, mohon akan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya...

Salam ukwah
Adilah


DEBARAN MENUNGGU KEPUTUSAN UPSR & PSRA 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Emm.. rasanya debaran untuk menunggu keputusan peperiksaan UPSR & PSRA anak makin terasa sekarang nie. Al maklumlah pada 13 Nov ini akan di umumkan keputusan peperiksaan PSRA untuk sekolah agama dan 14 Nov pulak adalah hari keputusan peperiksaan UPSR akan di umumkan. Apapun, ibu harap, Farah Asyiqin akan mendapat keputusan seperti yang di idamkan. Ibu selalu berdoa agar kakak akan menjadi anak yang solehah dan mendapat apa yang di hajati . ..Amin..

Tuesday 5 November 2013

PERANCANGAN TAHUN INI GAGAL? APA YANG PERLU DILAKUKAN

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun2014. rasanya banyak lagi perkara yang belum di selesaikan pada tahun 2013. Apa ya perlu kita lakukan untuk menyiapkan semva perancangan yang telah dilakukan dan di senarailan sebelum ini. Rasanya,setiap perancangan yang dilakukan perlu lah seiring dengan tekad yang padu dalam dirh,meletakkam tarikh akhir untuk menyiapkan semua perancangan dan yang penting perlu ada beberapa back up plan sekiranya plan A tidak berjaya Bersambung di entri akan datang..

DEKO HIJRAH

Teks : Nor Adilah Ab Latif Assalamualaikum dan salam maal hijrah yang ke 1435... Alhamdulilah kita telah masuk ke dalam tahun baru dalam kalendar islam.. Rasanya tidak saya kalau kita melakukan sedikit dekorasi untuk kediaman kita.. Iaitu seperti hijrah yang bermaksud berpindah atau melakukan perubahan yang baru dalam kehidupan kita. Okeylah , di bawah ini ada sedikit idea untuk kita melakukan dekorasi terhadap kediaman kita 1) DEKORASI BILIK TIDUR 2) DEKORASI BILIK AIR 3) DEKORASI HALAMAN RUMAH 4) DEKORASI LAMAN

Sunday 3 November 2013

PENERAPAN AMALAN 5S DI TEMPAT KERJA

Teks : Nor Adilah Ab Latif

PENERAPAN 5S DI TEMPAT KERJA

Entri kali ini saya akan terangkan bagaimana untuk menerapkan amalan 5S di tempat kerja. Ok lah, ini adalah beberapa tips yang boleh kita gunakan semasa melaksanakan 5S di tempat kerja kita.
1)      Wujudkan komuniti untuk pelaksanaan 5S
2)      Pembahagian kawasan bagi setiap kawasan- wujudkan PIC(Pegawai yang bertanggungjawab) bagi setiap kawasan
3)      Wujudkan jadual pembatuan sebagai garis panduan pelaksanaan
4)      Berikan pendedahan kepada semua ahli betapa pentingnya pelaksanaan 5S di tempat kerja
5)      Wujudkan panduan untuk kakitangan lakukan 5S
6)      Semua kakitangan dan pengurusan perlu bekerjasama dalam menerapkan amalan 5S


Ok, ini adalah serba sedikit berkenaan amalan 5S. Dilain entri saya akan kongsikan bagaimana kami boleh pertahankan 5S untuk tahun ke dua kami.

REMAJA 12 TAHUN-APA YANG PERLU

Teks : Nor Adilah Ab Latif


Saya mempunyai anak yang berumur 12 tahun.. Apabila anak sudah berumur 12 tahun , maka kita sudah boleh kategorikan dia sudah masuk ke lama remaja. Rupanya banyak yang saya tidak tahu sebelum ini, bahawa bila anak sudah menginjak masuk ke usia 12 tahun, maknanya dia sudah remaja dan corak ajaran kita kepada nya sudah berubah.. iaitu kita sudah boleh jadikan dia kawan kita..
Alhamdulillah, harapnya Farah Asyiqin akan menjadi anak yang boleh membanggakan ibu dan abah serta adik-adik sekalian. Antara yang perlu kita lakukan bila anak sudah memasuki umur 12 tahun ialah :

1) Buatkan kad pengenalan apabila sudah cukup umur 12 tahun(maknanya selepas hari jadi dia le)
   - Ini kerana, sekiranya lebih 30 hari daripada tarikh harijadi, Jabatan pendaftaran akan kenakan denda             lewat.

2) Menukar buku akaun tabung haji atau mana-mana bank kepada akaun dewasa. Ini kerana, apabila anak sudah memasuki umur 12 tahun dan memiliki kad pengenalan sendiri maka dia telah layak untuk membuka akaun sendiri.

Farah Asyiqin bersama ustazah dan kawan-kawannye...


Itu sahaja untuk kali ini, ada tak apa-apa yang perlu dilakukan apabila anak sudah mencapai umur 12 tahun.. Sila share jika anda semua tahu selain daripada ini..
Terima kasih

DIARI PENGHIJRAHAN SEORANG SURI

Teks : Nor Adilah Ab Latif

Hijrah dari segi bahasa membawa maksud perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah .
Hijrah bermaksud sesuatu perubahan daripada keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang baik atau lebih baik.
Kita perlu berubah daripada yang sedia ada kepada yang lebih baik daripada sebelum ini. Bak kata pepatah, kitalah yang mencorakkan masa esok. Semuanya berada di tangan kita. Sempena Maal Hijrah tahun ini, saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang perlu saya lakukan untuk membawa perubahan dalam kehidupan saya dan keluarga.

Antara perkara yang termasuk dalam catatan ialah :
1)      Fokus untuk membuat tabungan keluarga
2)      Fokus untuk menyelesaikan hutang keluarga
3)      Fokus untuk mendidik anak-anak
4)      Fokus untuk perancanagn menjadi suri di rumah…(paling penting)

Semoga kedatangan tahun baru ini memberi sinar utuk saya berubah kearah yang lebih baik.


Amin..