Monday, 8 April 2013

Pengenalan

Teks : Nor Adilah Binti Ab Latif

Nama penuh saya Nor Adilah Binti Ab Latif, tapi lebih dikenali sebagai dila di kalangan keluarga dan kawan-kawan sekerja. Di lahirkan pada tarikh 08 Jun 1976, dan dilahirkan di Hospital Pasir Puteh di Kelantan. Merupakan anak jati Kelantan dan berketurunan Melayu .
Saya merupakan anak kedua dalam keluarga. Saya telah berkahwin dan mempunyai 3 orang puteri dan 2 orang putera untuk melengkapkan keluarga kami.Alhamdulillah, berkat doa serta semangat yang kuat, saya masih bernafas dan diberi kekuatan untuk meneruskan hidup, pengalaman hidup mematangkan saya.

Pendidikan tertinggi saya hanyalah setakat Diploma di UTM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Namun begitu, saya dalam usaha untuk mendapatkan ijazah di Universiti yang sama. Saya meneruskan pengajian saya secara separuh masa, iaitu akan ke kelas setiap hari sabtu dan ahad.
Saya mempunyai banyak hobi, antaranya membaca, menjahit, mengemas, mengumpul barang , membuat kraftangan , membuat hiasan dan banyak lagi. Minat terhadap sesuatu perkara juga banyak, tetapi lebih tertumpu kepada minat membuat kraftangan, selain itu juga saya minat mengkaji dalam pelbagai perkara yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kerana teramat minat bidang hiasan dan deko, saya telah membuka perniagaan yang ada kaitan dengan bidang hiasan dan dekoration.
Di dalam blog saya ini,saya akan memaparkan tentang Tips-tips atau panduan untuk deco dan kraftangan  kepada umum.Sekian, Terima Kasih. Selamat membaca.

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Selamat berpuasa Sis Dilla.
    Tak sabar nak tunggu enty2 akak pasal kraftangan. Saya juga minat kraftangan terutamanya kertas dan riben. baru nak cuba-cuba. dah cuba seronok juga buat kraf ni kan kan.

    Sempena Ramdhan ini semoga berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Insyaallah.

    Chaiyo!!

    http://mariatulqiptiyah.blogspot.com

    ReplyDelete