Sunday, 3 November 2013

REMAJA 12 TAHUN-APA YANG PERLU

Teks : Nor Adilah Ab Latif


Saya mempunyai anak yang berumur 12 tahun.. Apabila anak sudah berumur 12 tahun , maka kita sudah boleh kategorikan dia sudah masuk ke lama remaja. Rupanya banyak yang saya tidak tahu sebelum ini, bahawa bila anak sudah menginjak masuk ke usia 12 tahun, maknanya dia sudah remaja dan corak ajaran kita kepada nya sudah berubah.. iaitu kita sudah boleh jadikan dia kawan kita..
Alhamdulillah, harapnya Farah Asyiqin akan menjadi anak yang boleh membanggakan ibu dan abah serta adik-adik sekalian. Antara yang perlu kita lakukan bila anak sudah memasuki umur 12 tahun ialah :

1) Buatkan kad pengenalan apabila sudah cukup umur 12 tahun(maknanya selepas hari jadi dia le)
   - Ini kerana, sekiranya lebih 30 hari daripada tarikh harijadi, Jabatan pendaftaran akan kenakan denda             lewat.

2) Menukar buku akaun tabung haji atau mana-mana bank kepada akaun dewasa. Ini kerana, apabila anak sudah memasuki umur 12 tahun dan memiliki kad pengenalan sendiri maka dia telah layak untuk membuka akaun sendiri.

Farah Asyiqin bersama ustazah dan kawan-kawannye...


Itu sahaja untuk kali ini, ada tak apa-apa yang perlu dilakukan apabila anak sudah mencapai umur 12 tahun.. Sila share jika anda semua tahu selain daripada ini..
Terima kasih

No comments:

Post a Comment