Friday 31 January 2014

Saturday 25 January 2014

Pakej Hantaran Kahwin

Teks : Nor Adilah Ab Latif
Foto : Koleksi peribadi

Alhamdulillah... berjaya juga menyiapkan hantaran kahwin untuk adik yang akan berkahwin pada Mac 2014 nie..

Harap-harap berpuas hati la ye dengan design kali nie...

Di bawah ini di sertakan contoh hantaran kahwin yang akan digunakan nati:




Monday 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H


 Selawat maulidur rasul

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Saturday 11 January 2014

Cara Betul Penggunaan Tupperware - Rice Dispenser

Teks : Nor Adilah Ab Latif
Foto : Katalog Tupperware


Salam semua. sudah lama rasanya saya tidak meng "update" blog nie... dah bersawang dah ...
Hari nie saya nak kongsikan tips penjagaan dan penggunaan tong beras atau lebih tepat lagi ialah Rice Dispenser keluaran Tupperware. (Rasanya semua sudah maklum berkenaan kualiti setiap produk keluaran Tupperware).



so, tanpa membuang masa  ini antara tipnya :
  • Rekabentuk bekas pengeluaran beras yang unik dan ianya praktikal untuk mengelakkan sentuhan tangan semasa pengambilan beras.
  • Kuantiti pengeluaran beras adalah sebanyak 150g atau bersamaan 1 cawan untuk setiap tarikan.
  • Mengunakan kaedah FIFO(First In First Out)- iaitu beras yang lama akan keluar dulu berbanding dengan beras yang baru dimasukkan ke dalam tong beras.
  • Kapasiti penyimpanan beras adalah sebanyak10.5kg untuk setiap isian dan sangat sesuai untuk pemakanan seisi keluarga.
  • Mempunyai tetingkap (Bercermin) untuk memudahkan kita melihat jumlah beras yang masih tinggal.
  • Bahagian bawah bergetah yang anti skip(mengelongsor) dapat mengelakkan RD daripada jatuh atau sebagainya
  • Setiap bahagian Rice Dispenser mudah dan boleh ditanggalkan untuk dibersihkan. 
  • Bahagian bawahnya juga lebih tinggi dan water resistant sekalugus dapat menghalang air daripada masuk melalui bawah bekas. Mempunyai Life Time Warantty
  • Saiz yang comel, warna yang cantik,menjimatkan ruang dan sesuai diletakkan dimana-mana sudut dapur. 


Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan Rice Dispenser ini boleh mendapatkannya bulan ini dengan tawaran Super Combo( Rice Dispenser + Water Wonder -All + Modular Mate (Base) ) dengan hanya RM350.00 sahaja

Dengan setiap pembelian super combo, penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia

mahu dapatkan harga promosi ini, sila :


sms @ watsapp : 019-2320806

Isi borang tempahan di SINI