Join this site

Wednesday, 19 November 2014

TABIAT ORANG KAYA

��✨Orang kaya bermula dengan tabiat suka menyimpan. Hasilnya sikit sikit dan lambat lambat tapi kekal sepanjang zaman. �� Orang biasa-biasa bermula dengan tabiat suka melabur. Hasilnya cepat tapi hanya bersifat sementara semata-mata... Lumrah dunia �� cepat datang cepat pergi�� .. slow2 datang slow2 pergi ��.. Lumrah dunia yg datang�� akan pergi�� .. Yang ada akan jadi tiada ..tiada yang kekal

Tuesday, 18 November 2014

DOA PAGI HARI : ILMU, REZEKI DAN AMALAN


"Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Kaya, Wahai Tuhan Yang Maha Terpuji, Wahai Tuhan Yang Maha Pencipta, Wahai TUhan Yang Maha Mengembalikan, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Kayakan aku dengan perkara-perkara yang DiKau halalkan dan bukan daripada yang DiKau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada-Mu."

Sunday, 16 November 2014

MULAKAN PAGI YANG INDAH DENGAN SENYUMAN







".. PESAN USTAZ KAZIM ELIAS ; Ketika kamu berasa sedih , pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu ... " inilah perjalanan hidupku .. Allah Ta'ala yang letakkan aku disini .. Semua ini perancangan Allah .. Jadi , aku mesti teruskan p'jalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapan-Nya ... Dan aku terima Qada dan Qadar diriku .. Sesungguhnya , setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya .. Terima kasih Ya Allah , kerana mengasihiniku .." ... Selepas itu , buka matamu dan senyumlah .."*selamat pagi

Wednesday, 1 October 2014

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM (KPSL)

Teks : Nor Adilah Bt Ab Latif
Rujukan :https://www.kompetensi.jpa.gov.my


                                                           
Assalamualaikum...dan selamat petang semua..
Rasanye dah lama saya biarkan ruangan ini sepi tanpa sebarang info yang baru..
okey lah...tanpa membuang masa lagi, alhamdulillah dan syurkur yang teramat sangat ke kudrat ilahi kerana tahun ini saya telah LULUS dalam peperiksaan KPSL yang saya telah duduki pada pertengahan tahun ini.. Syukur yang teramat sangat untuk rezeki ini...Sebenarnya hati saya sungguh berbunga-bunga bila melihat keputusan semalam di laman JPA..

Di bawah ini saya kongsikan cara-cara untuk menyemak keputusan peperiksaan  yang tuan/puan telah duduki.

Langkah pertama  :

Sila pergi ke laman peperiksaan JPA di SINI


Langkah Kedua :

Masukkan No. Kad Pengenalan di SINI



Langkah Ke Tiga :

Klik di ruangan Tahun terbaru seperti contoh di bawah.




Langkah Ke Empat :

Kepeutusan peperiksaan akan di paparkan seperti di bawah... :):)



Okey,...setakat ini saja untuk kali ini.. Di lain kesempatan saya akan kongsikan pula buku-buku rujukan yang di gunakan untuk memduduki peperiksaan Perintah Am dan Arahan Pentadbiran..


Good LUck untuk semua....


~~~Adilah~~~~

Wednesday, 28 May 2014

Tinggal lagi 18 hari lagi sebelum Peperiksaan KPSL...2014

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Tinggal lagi 18 hari sebelum peperiksaan KPSL.. agak-agaknya sudah sedia ke semua kawan-kawan yang akan menduduki peperiksaan ini.. Misti ada yang tak sempat untuk memtelaah buku atau mencari nota-nota untuk persediaan memduduki peperiksaan ini. Saya pun begitu juga, belum berkesempatan untuk mencari dan mengumpul nota untuk exam..
Untuk pengetahuan semua, saya masih ada 3 paper yang belum lulus lagi iatu :

             a) Kertas peperiksaan A
             b) Kertas peperiksaan C
             c) Kertas peperiksaan F

Harap-harap sempat le untuk study di celah-celah kesibukan kerja ye..

Rasa-rasa ada tak cadangan dari u all semua cara untuk menghadapi peperiksaan ini.  Mohon tinggalkan cadangan di ruangan komen ye...

Selepas tu, saya akan kongsikan pula nota-nota yang perlu anda ada untuk persediaan menghadapi peperiksaan KPSL..

HAPPY STUDY...N GOOD LUCK..



....Adilah.....

Wednesday, 30 April 2014

Tips persediaan menduduki peperiksaan KPSL (Kemahiran Teras)

Assalamualaikum...dan salam 1Malaysia

Hari nie saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan tips untuk menduduki peperiksaan KPSL bagi kakitangan kerajaan.

Perkongsiaan hari ini adalah berkenaan dengan salah satu bahagian exam yang perlu diduduki oleh setiap kakitangan yang in upgrade jawatan mereka..

Terdapat empat bahagian di dalam KPSL yang perlu dilepasi oleh setiap pejawat awam..Iaitu :

                Bahagian A : PERINTAH AM DAN ARAHAN PENTADBIRAN
                Bahagian B : PENGURUSAN LATIHAN VOKASIONAL
                Bahagian D : KEMAHIRAN TEKNIKAL (TERAS)
                Bahagian F :  KEMAHIRAN TEKNIKAL (ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK)