Tuesday 18 June 2013

TULIS...TULIS...TERUSKAN MENULIS..DAN MENULIS LAGI!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....

Apa ya yang ingin ditulis dan untuk siapa kita menulis???
Walaupun nampak remeh pertanyaan itu, tapi boleh menyebabkan saya tidak lena untuk tidur..Tercari-cari bahan untuk menulis dan memulakan tulisan di blog ini.. Idea yang ditunggu atau apa cerita yang ingin diceritakan pada pagi ini pun saya tidak tahu. Saya menulis dan menulis lagi mengikut apa yang ingin saya luahkan sahaja..
Sebenarnya bila saya mula menulis , banyak yan ingin diperkatakan . Namun begitu mungkin susunannya agak kelam kabut sedikit, tapi saya pegang kata-kata sifu saya iaitu Pn. Masayu Ahmad untuk tulis dan terus menulis je...

Daripada apa yang saya dapat belajar daripada sesi menaikan semangat(ok ke Pn Masayu)  ialah :

1) Tulis DAN tulis je
  - kerana jika kita tidak menulis, sifu kita tidak boleh nak betulkan mana kesalahan yang bakal kita lakukan. Ibarat belajar kereta, semasa dalam kelas memandu tu kita boleh sesuka hati membawanya dan tidak risau untuk disaman tapi apabila kita telah mendapatkan lesen , maka kita kena berhati-hati dengan setiap pemanduan kita nati.
2) Jangan takut untuk mengeluarkan Idea
- Penulisan tanpa idea, sebenarnya ianya kosong sahaj..Tiada pengisian
3) Kosongkan Minda
- Apa yang saya lakukan ialah kosongkan minda dan cuba untuk menulis dan fokus pada apa yang ditulis...(heheh...kali ini lebih pada luahan hati sahaja)
4) Paparkan pada umum
- Paparkan pada umum apa yang telah kita tuliskan..Lihat apa komen pembaca...yang nie saya buat sekarang.

Alhamdulillah...selesai juga tulisan saya untuk pagi yang hening ini..

Jumpa lagi di lain entri..

- Adilah-
(Catatan ke-1)

No comments:

Post a Comment