Saturday 8 February 2014

Panduan persediaan untuk bersara


Bersara? Rata-rata daripada kita yang akan atau sedang bekerja tidak terfikir lagi berkenaan bersara. Oleh itu, senerio yang berlaku sekarang adalah kebanyakan daripada kita tidak atau kurang persediaan untuk menghadapi alam persaraan. Ini kerana, bagi kebanyakan kita, berfikir dan mengatakan itu lambat lagi berlaku, iaitu dalam tempoh lebih daripada 25 tahun perkhidmatan kita ..
Namun, sebenarnya untuk menghadapi hari PERSARAAn itu, kita sebenarnya kena merancangnya daripada awal lagi iaitu seawal kita memulakan alam pekerjaan.

ok, di sini saya senaraikan beberapa tip atau panduan untuk kita menghadapi hari persaraan kita  dengan tenang tanpa bebanan hutang dan mempunyai simpanan untuk kegunaan kita apabila sakit tanpa menyusahkan anak-anak dan keluarga yang lain.

Tip Pertama:

MEMBUAT RANGKA PERANCANGAN PERSARAAN:

Dalam proses perancangan , kita perlu tahu beberapa kedudukan kewangan kita iaitu :
  * Berapa banyak simpanan dan aset yang kita ada sekarang?
  * Berapakah pendapatan bulanan kita?
  * Berapakah peratusan pendapatan diagihkan kepada KWSP dan lain-lain pelan persaraan?
  * Berapa banyak pulangannya yang dikehendaki daripada pelaburan kita?
  * Berapa tahun kita boleh menjana pendapatan sebelum bersara?
 
Tip Kedua:

KOS KESIHATAN KETIKA HARI TUA:

 * Kos kesihatan menjadi perbelanjaan besar yang boleh meghakis simpanan persaraan kita
 * Walaupun kita mempunyai insurans perubatan dan insurans hayat yang meliputi penyakit kritikal, ini
    mungkin tidak meliputi prosedur dan preskripsi yang kita perlukan


Untuk kakitangan kerajaan :
Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239
  • Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun boleh memohon persaraan pilihan. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun adalah diperlukan bagi membolehkan faedah persaraan diberi kepada anggota tersebut. Ganjaran perkhidmatan layak dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang undang pencen.
  
Untuk kakitangan kerajaan, anada boleh membuat kiraan imbuhan dan pencen yang akan diperolehi untuk persaran pilihahan di SINI


No comments:

Post a Comment