Friday 14 February 2014

Perancangan di hujung minggu

Salam hari sabtu untuk semua..

Apabila tiba hari minggu , sebenarnaya kita mempunyai tugasan yang paling banyak dan sekirannya tidak di sususn dengan baik mungkin akan menyebabkan masa kita cuma dipenuhi dengan tidur dan tengok FB, TV dan seangkatan dengan nya sahaja..

Ok, mari kita mulakan dengan perancangan apa yang kita mahu buat di hujung minggu (Sabtu & Ahad)

1) Drafkan dulu apa kerja atau tugasan yang perlu diselesaikan di rumah
2) Pastikan semua orang dalam rumah terlibat (ibu, abah & anak-anak)
3) Senaraikan semua kerja yang perlu dilakukan dan listkan PIC (Siapa yg bertanggungjawab) terhadap kerja tersebut
4) Selepas tu, apa lagi....buat le kerja seperti yg tersenarai...
5) Jom mula kerja...

   .
   .


6) semua kerja dh siap...jom lunch kt luar..hehhe...dh penat wat kerja kn ...xde sapa nk masak pulak coz lupa nk masukkan dlm list masak tuk lunch tugasan siapa...




Happy saturday  sumee...

Saturday 8 February 2014

Coklat untuk anak-anak

Alhamdulilah...siap juga koleksi coklat untuk anak-anak









Ragam Farah Dhia


Aksi tidur Dhia... :)

 



Variasi pilihan dekorasi bilik tidur anak perempuan

Teks : Nor Adilah
Gambar : Carian google



Di sini, disertakan beberapa konsep yang boleh dijadikan panduan untuk menata rias bilik tidur anak perempuan.







Panduan persediaan untuk bersara


Bersara? Rata-rata daripada kita yang akan atau sedang bekerja tidak terfikir lagi berkenaan bersara. Oleh itu, senerio yang berlaku sekarang adalah kebanyakan daripada kita tidak atau kurang persediaan untuk menghadapi alam persaraan. Ini kerana, bagi kebanyakan kita, berfikir dan mengatakan itu lambat lagi berlaku, iaitu dalam tempoh lebih daripada 25 tahun perkhidmatan kita ..
Namun, sebenarnya untuk menghadapi hari PERSARAAn itu, kita sebenarnya kena merancangnya daripada awal lagi iaitu seawal kita memulakan alam pekerjaan.

ok, di sini saya senaraikan beberapa tip atau panduan untuk kita menghadapi hari persaraan kita  dengan tenang tanpa bebanan hutang dan mempunyai simpanan untuk kegunaan kita apabila sakit tanpa menyusahkan anak-anak dan keluarga yang lain.

Tip Pertama:

MEMBUAT RANGKA PERANCANGAN PERSARAAN:

Dalam proses perancangan , kita perlu tahu beberapa kedudukan kewangan kita iaitu :
  * Berapa banyak simpanan dan aset yang kita ada sekarang?
  * Berapakah pendapatan bulanan kita?
  * Berapakah peratusan pendapatan diagihkan kepada KWSP dan lain-lain pelan persaraan?
  * Berapa banyak pulangannya yang dikehendaki daripada pelaburan kita?
  * Berapa tahun kita boleh menjana pendapatan sebelum bersara?
 
Tip Kedua:

KOS KESIHATAN KETIKA HARI TUA:

 * Kos kesihatan menjadi perbelanjaan besar yang boleh meghakis simpanan persaraan kita
 * Walaupun kita mempunyai insurans perubatan dan insurans hayat yang meliputi penyakit kritikal, ini
    mungkin tidak meliputi prosedur dan preskripsi yang kita perlukan


Untuk kakitangan kerajaan :
Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239
  • Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun boleh memohon persaraan pilihan. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun adalah diperlukan bagi membolehkan faedah persaraan diberi kepada anggota tersebut. Ganjaran perkhidmatan layak dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang undang pencen.
  
Untuk kakitangan kerajaan, anada boleh membuat kiraan imbuhan dan pencen yang akan diperolehi untuk persaran pilihahan di SINI


Kelas Asas Blog Online- soalan dan jawapan

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini ..

Ok, di entri pagi nie saya akan menulis berkenaan dengan respon yang selalu say terima apabila iklankan berkenaan dengan kelas asas blog yang di tawarkan. Apabila post je iklan pakej kelas, ramai yang akan PM saya untuk bertanya berkenaan kelas yang dijalankan ini. Antara soalan yang biasa di tanya ialah :

   1. Kelas dijalankan kat mana n masa kelas
   2. Berapa lama tempoh masa untuk setiap kelas dijalankan
   3. Boleh ke belajar secara ONLINE jer
   4. Kalau saya langsung tiada asas komputer, macam mana?

Ok, jawapan saya untuk pertanyaan di atas ialah :

    1. Kelas boleh dijalankan dimana-mana sahaja janji syaratnya ada internet dan komputer/laptop, kerana  
        kelas yang bakal dijalankan ialah 100% secara ONLINE.
    2. Kita boleh belajar secara online kerana ada modul yang lengkap serta langkah yang mudah untuk kita
        jadikan panduan semasa dalam pembinaan blog.
    3. Pembinaan blog akan dipantau oleh guru yang berpengalaman serta boleh dihubungi bila-bila masa dan
       dimana sahaja untuk menjawab sebarang permasalahan yang dihadapi.
    4. Masa belajar adalah flexsible, bergantung pada masa yang kita ada.
    5. Jaminan tempoh belajar adalah sehingga kita pandai dan boleh membina blog sendiri
   6. Untuk yang langsung tiada asas, kelas OFFLINE juga ditawarkan tetapi tempat adalah
       bergantung pada perbincangan.

Wednesday 5 February 2014

Permohonan Exam KPSL J42 2014

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua ....

Kali nie saya nak berkongsi sedikit info berkenaan dengan KPSL.. Mesti ada yang tak tahu berkenaan dengan KPSL..Kecuali kakitangan kerajaan yang pasti tau berkenaan ini.. Ok lah, tanpa membuang masa saya ceritakan je lah yang KPSL itu ialah PEPERIKSAAN KHAS UTK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEG. LATIHAN VOKASIONAL GRED J42 (KPSL).

Untuk pengetahuan semua , permohonan untuk menduduki exam KPSL untuk tahun 2014 telah di buka, so bagi mana-mana pen.pegawai yang berhajat untuk menduduki dan meng Upgrade pangkat boleh lah mula membuat permohonan di SINI


Ini tarikh tamat permohonan dan tarikh menduduki peperiksaan.




Di lain entri, saya akan kongsikan pula berkenan tips dan buku-buku rujukan yang diperlukan ye


Salam Sayang
 
        Adilah