Tuesday 29 October 2013

KENALI SIFAT-SIFAT USAHAWAN DALAM DIRI

Teks: Nor Adilah Ab Latif

 
Ramai orang yang berkeinginan untuk menjadi usahawan. Namun tidak ramai yang Berjaya  menjadi usahawan yang Berjaya.  Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak Berjaya. Ramai orang yang bercita-cita ingin menjadi usahawan tidak melakukan kajian tentang diri sendiri adakah cirri-ciri atau sifat-sifat seorang usahawan itu ada dalam diri mereka. Antara sifat-sifat usahawan yang perlu ada dalam diri seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan ialah seperti di bawah :


1)      INGINKAN KEJAYAAN
-          Motif yang membara dalam diri mendorong usahawan untuk meraih kejayaan dengan memenuhi matlamat yang ditetapkan meskipun terpaksa mengharungi cabaran dan rintangan yang menguji kecekapan dan kebolehannya.

2)      INGINKAN TANGGUNGJAWAB
-          Kejayaan yang dikecapi di iringi dengan tanggungjawab. Usahawan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam menyempurnakan suatu kerja yang berfaedah

3)      MEMILIH RISIKO YANG SEDERHANA
-          Memilih matlamat yang mencabar dan memerlukan pencapaian yang tertinggi tetapi berkepercayaan penuh keupayaan untuk mencapainya.

4)      MENERIMA MAKLUMBALAS SEBAGAI PENGGALAK
-          Mendapat galakan untuk mempertingkatkan prestasi dan menambahkan hasil melalui maklumbalas yang dikutip daripada usaha terdahulu

5)      SENTIASA YAKIN KEPADA KEJAYAAN
-          Sentiasa percaya bahawa dia akan Berjaya selepas menganalisis kesemua fakta yang berkaitan sebelum melaksanakan kerja

6)      SUKAKAN AKTIVITI YANG BERTENAGA
-          Selalunya lebih bertenaga daripada orang lain. Aktif dan mobile menggunakan masa dan peluang untuk menyempurnakan tugasnya.

7)      SENTIASA MEMANDANG KE HADAPAN
-          Merancang dan berfikir untuk masa hadapan. Mencari dan menjangka kemungkinan yang akan wujud dari masa ke semasa

8)      MAHIR DALAM MENGURUSKAN WANG
-          Mempunyai pengetahuan dalam mengaturkan kerja, orang dan bahan demi mencapai matlamat. Bersifat objektif dan pintar dalam menggunakan wang untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

9)      BERSIFAT POSITIF TERHADAP WANG
-          Menganggap keuntungan wang sebagai perkara kedua. Menilai wang bukan kerana wang tetapi sebagai symbol pencapaian terhadap matlamat yang ditetapkan.

10)   KEMAMPUAN MENGAWAL PERSEKITARAN
-          Percaya berupaya mengawal, mengadaptasi dan mempengaruhi persekitaran dan masa hadapan

11)   KEJAYAAN, KEBEBASAN & KEPIMPINAN
-          Mempunyai kecederungan yang kuat terhadap pencapaian kejayaan , kebebasab dan kepimpinan yang berkesan

“Tidak ada rendah atau hinanya sesuatu pekerjaan itu. Hina atau rendahnya sesuatu kerja apabila hina atau rendahnya perangai seseorang semasa mengerjakannya “
                                                                                                                                     (HAMKA)

No comments:

Post a Comment