Tuesday 29 October 2013

APA ITU BUASIR ?

BUASIR

Hasil Carian Google

Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur.  Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur.  Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).
Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran.  Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab buasir ialah :
Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
Cirit-birit yang kronik.
Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
Mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom Penyakit Buasir ialah :
Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.



Faktor Penyebab Buasir
# meneran ketika membuang air besar
# duduk terlalu lama di dalam tandas
# cirit-birit yang teruk atau sembelit
# kegemukan
# mengandung
# golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

Pencegahan Buasir
* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.
* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

 Sumber : Google dan majalah









No comments:

Post a Comment