Sunday 3 November 2013

DIARI PENGHIJRAHAN SEORANG SURI

Teks : Nor Adilah Ab Latif

Hijrah dari segi bahasa membawa maksud perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah .
Hijrah bermaksud sesuatu perubahan daripada keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang baik atau lebih baik.
Kita perlu berubah daripada yang sedia ada kepada yang lebih baik daripada sebelum ini. Bak kata pepatah, kitalah yang mencorakkan masa esok. Semuanya berada di tangan kita. Sempena Maal Hijrah tahun ini, saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang perlu saya lakukan untuk membawa perubahan dalam kehidupan saya dan keluarga.

Antara perkara yang termasuk dalam catatan ialah :
1)      Fokus untuk membuat tabungan keluarga
2)      Fokus untuk menyelesaikan hutang keluarga
3)      Fokus untuk mendidik anak-anak
4)      Fokus untuk perancanagn menjadi suri di rumah…(paling penting)

Semoga kedatangan tahun baru ini memberi sinar utuk saya berubah kearah yang lebih baik.


Amin..

No comments:

Post a Comment