Sunday 10 November 2013

PERANCANGAN CUTI SEKOLAH 2013

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan. Seronok apabila memikirkan bermula minggu depan rutin harian saya akan berubah sehingalah habis cuti persekolahan tahun 2013. Antara perubahan yang berlaku ialah :

1) Tidak perlu lagi menjerit-jerit di waktu pagi utuk mengejutkan anak-anak daripada tidur.
2) Tidak perlu kelam kabut mengesa anak-anak untuk bersiap cepat-cepat takut di tinggalkan bas sekolah
3) Tidak perlu kelam kabut menghantar anak-anak ke sekolah kerana jadual persekolah adalah bermula jam     7.30 pagi.
4) Harap-harap sepanjang bulan November dan Disember ini "Punch Card" saya tidak merah lagi.

Rasanya tidak sabar untuk menunggu cuti sekolah kali ini. Banyak perancangan yang telah saya aturkan untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Agenda yang paling penting adalah pulang bercuti ke kampung halaman. Harap-harap cuti saya diluluskan ...



No comments:

Post a Comment