Sunday 10 November 2013

AKSESORI DARI KAIN PERCA

Pada entri kali ini saya akan senaraikan idea-idea yang boleh kita lakukan mengguakan kain-kain perca atau dengan kata lain kain lebihan semasa kita menempah kain. Ada sebahagian tukang jahit akan pulangkan kain-kain perca ini kepada kita dan ada sebahagian lagi tidak pulangkan samada mereka simpan atau mungkin ingat kita tidak perlukannya. Sebenarnya kalau kita kreatif, banyak aksesori yang kita boleh buat menggunakan kain perca tersebut. Antara yang biasa saya lakukan dengan kain perca tersebut ialah membuat pengikat rambut, kerongsang, bunga untuk pin baju, dan banyak lagi. Di lain entri saya akan kongsikan langkah demi langkah bagaimana membuatnya dan kita boleh gayakan sedondon dengan baju kita. Salam Sayang, Adilah

No comments:

Post a Comment