Thursday 7 November 2013

IDEA MENULIS ...BILA AKAN MENJELMA??

Idea menulis ....

Sejak belajar untuk berblog ini, perkara paling sukar saya hadapi ialah untuk mencari idea bagi menulis dalam setiap entri . Apabila saya membaca blog dari rakan-rakan lain..perasaan saya bahawa saya juga boleh menulis tapi saya tidak pandai untuk menyusun ayat dan zahirkan apa yang saya hendak sampaikan dalam bentuk tulisan. Kalau ikutkan, terlalu banyak catatn yang saya boleh tuliskan mengikut pengalaman selama ini. Daripada seorang pekerja di sektor kerajaan, dalam masa yang sama menjadi pelajar part-time dan kemudian menceburi bidang perniagaan secara OFFLINE, menubuhkan kedai menjual produk hiasan rumah, selepas itu menjurus ke jualan secara ONLINE. Dan sekarang ini menjuruskan diri pula ke dunia blog.
Sekarang ini, saya sedang mencari rentak untuk menzahirkan setiap pengalaman yang telah saya kutip ini ke dalam bentuk penulisan. Semoga sifu saya Pn. Masayu Ahmad sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.

Sebenarnya bidang penulisan ini adalah sesuatu yang asing bagi saya kerana sejak bersekolah lagi, penulisan yang lebih kepada perceritaan adalah perkara yang paling saya tidak suka. Saya lebih menjurus kepada sesuatu yang ternikal, namun bermula saya mengenali pn. Masayu, saya cuba didik diri untuk mencatat segala pengalaman dan perkara yang telah dilalui untuk di jadikan bahan bacaan diri sendiri.
Kadang-kadang, seperti tidak percaya bahawa saya telah mengutip pelbagai suka duka pengalaman dari perjalanan hidup selama 37 tahun ini.

In Shaa Allah, jika diberi keizinan akan saya coretkan pengalaman itu sebagai pembakar semangat dan rujukan untuk masa akan datang..

Khas buat tatapan Pn Masayu Ahmad, mohon akan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya...

Salam ukwah
Adilah


No comments:

Post a Comment