Tuesday, 3 December 2013
BANJIR DI PAHANG MAKIN BURUK, RAMAI YANG SUDAH DI PINDAHKAN
KUANTAN - Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam ini.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah.
"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.
"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.
"Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.
"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu.
Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.
Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.
Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Suptrtendan Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik.
Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai.
"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka.
"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. - Bernama
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/banjir-di-pahang-kian-buruk-ramai-dipindahkan-1.227034
Monday, 18 November 2013
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 - PASTI SAIDITINA AISYAH (PART II)
Assalamualaikum ..
Entri kali nie Nor ceritakan pula berkenaan anak Nor yang ke-4. Namanya Ameerun Izzat dan belajar dalam tahun 5 di PASTI Saiditina Aisyah , Bukit Naga. Awal-awal dulu memang kami hantar dia ke sini saja untuk pendedahan awal alam pendidikan. Alhamdulillah, rupanya tidak salah kami menghantarnya ke PASTI kerana sekarang Izzat (Panggilan keluarga kepadanya) telah boleh menghafal beberapa surah pendek.
Pada hujung tahun pula, izzat telah membawa balik satu surat yang memberitahu dia terpilih dalam anugerah kecemerlanagn ini.
![]() |
| Ameerun Izzat bersama Hadiah Kecemerlangannya |
![]() |
| Beratur untuk mengambil anugerah |
![]() |
| Maaf, yang nie tak sempat nak snap gambar. Cepat sangat izzat turun... |
Sunday, 10 November 2013
AWAS..Berhati-hati semasa membeli minuman …jangan sampai terbeli minuman ini
**Copy paste dr blog http://panggungopera.blogspot.com
Produk ini sebenarnya sudah agak
lama keluar di pasaran tapi entry ini sekadar suatu peringatan untuk pembaca
blog ini.
Jolly shandy ni adalah minuman
beralkohol rendah, pada kita ianya tetap haram kerana dikategorikan sebagai
arak ringan, yang mendukacitakan kita kenapa penampilannya dibuat sedemikian
rupa, seperti minuman ringan yang lain.
Tempohari sorang mak cik tu,
anaknya yang lebih kurang umur 8 tahun ambil jolly shandy, mujurlah aku Nampak dan
maklumkan yang air tu air arak haram, mungkin sebab design grafik luaran sama
seperti minuman ringan biasa siapa pun tidak menyangka ianya adalah air arak.
Pesanan aku hati-hati pabila membeli air minuman dlm tin.
PERANCANGAN CUTI SEKOLAH 2013
Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan. Seronok apabila memikirkan bermula minggu depan rutin harian saya akan berubah sehingalah habis cuti persekolahan tahun 2013. Antara perubahan yang berlaku ialah :
1) Tidak perlu lagi menjerit-jerit di waktu pagi utuk mengejutkan anak-anak daripada tidur.
2) Tidak perlu kelam kabut mengesa anak-anak untuk bersiap cepat-cepat takut di tinggalkan bas sekolah
3) Tidak perlu kelam kabut menghantar anak-anak ke sekolah kerana jadual persekolah adalah bermula jam 7.30 pagi.
4) Harap-harap sepanjang bulan November dan Disember ini "Punch Card" saya tidak merah lagi.
Rasanya tidak sabar untuk menunggu cuti sekolah kali ini. Banyak perancangan yang telah saya aturkan untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Agenda yang paling penting adalah pulang bercuti ke kampung halaman. Harap-harap cuti saya diluluskan ...

AKSESORI DARI KAIN PERCA
Pada entri kali ini saya akan senaraikan idea-idea yang boleh kita lakukan mengguakan kain-kain perca atau dengan kata lain kain lebihan semasa kita menempah kain. Ada sebahagian tukang jahit akan pulangkan kain-kain perca ini kepada kita dan ada sebahagian lagi tidak pulangkan samada mereka simpan atau mungkin ingat kita tidak perlukannya.
Sebenarnya kalau kita kreatif, banyak aksesori yang kita boleh buat menggunakan kain perca tersebut.
Antara yang biasa saya lakukan dengan kain perca tersebut ialah membuat pengikat rambut, kerongsang, bunga untuk pin baju, dan banyak lagi.
Di lain entri saya akan kongsikan langkah demi langkah bagaimana membuatnya dan kita boleh gayakan sedondon dengan baju kita.
Salam Sayang,
Adilah
Thursday, 7 November 2013
IDEA MENULIS ...BILA AKAN MENJELMA??
Idea menulis ....
Sejak belajar untuk berblog ini, perkara paling sukar saya hadapi ialah untuk mencari idea bagi menulis dalam setiap entri . Apabila saya membaca blog dari rakan-rakan lain..perasaan saya bahawa saya juga boleh menulis tapi saya tidak pandai untuk menyusun ayat dan zahirkan apa yang saya hendak sampaikan dalam bentuk tulisan. Kalau ikutkan, terlalu banyak catatn yang saya boleh tuliskan mengikut pengalaman selama ini. Daripada seorang pekerja di sektor kerajaan, dalam masa yang sama menjadi pelajar part-time dan kemudian menceburi bidang perniagaan secara OFFLINE, menubuhkan kedai menjual produk hiasan rumah, selepas itu menjurus ke jualan secara ONLINE. Dan sekarang ini menjuruskan diri pula ke dunia blog.
Sekarang ini, saya sedang mencari rentak untuk menzahirkan setiap pengalaman yang telah saya kutip ini ke dalam bentuk penulisan. Semoga sifu saya Pn. Masayu Ahmad sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.
Sebenarnya bidang penulisan ini adalah sesuatu yang asing bagi saya kerana sejak bersekolah lagi, penulisan yang lebih kepada perceritaan adalah perkara yang paling saya tidak suka. Saya lebih menjurus kepada sesuatu yang ternikal, namun bermula saya mengenali pn. Masayu, saya cuba didik diri untuk mencatat segala pengalaman dan perkara yang telah dilalui untuk di jadikan bahan bacaan diri sendiri.
Kadang-kadang, seperti tidak percaya bahawa saya telah mengutip pelbagai suka duka pengalaman dari perjalanan hidup selama 37 tahun ini.
In Shaa Allah, jika diberi keizinan akan saya coretkan pengalaman itu sebagai pembakar semangat dan rujukan untuk masa akan datang..
Khas buat tatapan Pn Masayu Ahmad, mohon akan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya...
Salam ukwah

Subscribe to:
Posts (Atom)